Spiga

Dare To Fail..


Lari topik sikit dari cerita cili.. Saja je nak post artikel nie.. supaya dapat beri panduan dan semangat kepada rakan2 yang lain. Dalam pertanian.. dugaan yang dihapi para pengusaha memang banyak. Semoga kita dapat terus bertahan dalam bidang nie walau seteruk mana pun dugaan dan cabaran yang datang.

"Jika anda ingin mencari orang yang paling gagal tetapi paling berjaya, Thomas Alpha Edison adalah orangnya. Beliau adalah contoh insan yang paling kuat semangat di dalam mengejar impian. Beliau mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Jadi tiada alasan bagi anda untuk bangkit dari kegagalan walaupun perlu bangun dan jatuh berkali-kali.

Apa yang kebanyakan dari kita tidak sedari adalah maksud positif di sebalik satu kegagalan yang berlaku. Kita sering melihat kegagalan pada sudut yang negatif sehingga terlupa melihat di sudut yang positif. Sebenarnya kegagalan adalah satu proses menuju kejayaan. Berapa kali anda gagal bukanlah satu ukuran, tetapi ukuran yang sebenarnya adalah bagaimana anda bangkit dari setiap kegagalan.

Jangan sekali-kali berputus asa kerana sering mengalami kegagalan sebab masih banyak peluang lain yang boleh kita raih selagi nyawa masih di kandung badan. Jika anda gagal, maka jangan berhenti untuk terus mencuba. Henry Ford pernah berkata, “Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.” Kegagalan itu adalah cara kita belajar, cara kita untuk memperbaiki kesilapan dan mematangkan fikiran. Dan kegagalan itu mungkin juga ujian dari Allah.


Masih ada sejuta peluang lain lagi jika anda gagal. Masih banyak peluang yang boleh kita cari dan cuba. Walau wang kita habis, walau harta kita habis, selama mana aset pikiran dan hati masih ada, maka masih banyak peluang yang boleh kita cuba lagi. Senantiasa ada cara untuk kita bangkit dari kegagalan. Yang penting adalah kita sentiasa ada kemahuan untuk terus berjaya. Ingat! kebanyakan orang yang gagal selamanya adalah orang yang telah berhenti untuk mencuba.


Berhenti mencuba adalah cara yang pasti untuk gagal selamanya. Selama anda terus mencuba, maka peluang untuk berjaya selalu ada. Pintu yang selalu menutup pintu kejayaan adalah hilangnya kemahuan untuk terus mencuba lagi. Tiada siapa yang perlu disalahkan di atas kegagalan Anda. Tidak perlu mencari alasan untuk tidak mahu mencuba lagi. Yang diperlukan ialah anda perlu mahu belajar dan terus belajar dari kegagalan yang lalu. Sebabnya, di luar sana masih ada sejuta kesempatan untuk anda.


Kegagalan demi kegagalan adalah ibarat sekolah kehidupan anda. Semakin banyak anda gagal, bererti semakin banyaklah ilmu Anda. Semakin anda banyak gagal, bererti semakin tinggilah sekolah anda. Kebanyakan orang berjaya di dunia bukan kerana lulus dari pengajian tetapi kerana lulus dari sekolah kehidupan. Jalani sekolah kehidupan sampai anda lulus. Namun jika kita tidak dapat memetik hasil usaha kita di dunia, insya Allah kita akan memetiknya di akhirat kelak. Tidak ada usaha yang sia-sia jika kita benar-benar ikhlas."

Gambar Terbaru Ladang

Setelah bertungkus lumus selama hampir 4 bulan menjaga pokok2 cili nie.. Nie wajah terbaru ladang kami..






Catatan AHF Jaya...

Niela rupa ladang kami apabila semua benda dah siap... Semua benda peringkat awal jerla.. Tak masuk bab menjaga pokok lagi.. hehehe..





Proses Peminndahan Anak Pokok ke Dalam Polybag

Selepas selesai menyusun polybag.. sistem pun dah siap, maka tibalah masa untuk menanam anak pokok ke dalam polybag. Ingatkan senang je nak buat benda nie, rupa2nya payah jugak.

Untuk memindahkan anak pokok ke dalam polybag, first skali kita mesti pastikan sekam dalam polybag basah, baru le senang nak tanam. Satu lagi masalah nie.. Walaupun sistem dah siap dipasang, tapi microtube still xboleh dicucuk ke dalam polybag. Ini disebabkan sekam di dalam polybag yang kering. So nak tak nak, kami kena angkut air dlam baldi pastu jirus setiap polybag. Aduh... Patah pinggang sorang2 buat kerja nie. Nasib basik masuk hari yang kedua, hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah.. Xperlu la kami susah2 angkut air lagi..


Usia anak pokok ketika proses pemindahan nie kira2 dah mengjangkau 30 hari. Sepatutnya pada usia 25 hari dah patut dipindahkan. Tapi disebabkan proses pemasangan sistem lambat siap, lambat la anak pokok dipindahkan. Tapi kira okey jugak la.. Sekurang-kurangnya anak2 pokok nie dah besar.


Biasanya pemindahan anak pokok nie dilakukan pada sebelah pagi mahupun sebelah petang. Dalam erti kata lain, ketika matahari belum betul2 panas. Ini untuk mengelakkan anak2 pokok nie 'terkejut'. Perkara nie penting, sebab silap haribulan anak2 pokok ni boleh mati kalau tak kena masa pemindahannya.

Kerja Penyusunan Part 3

Kerja penyusunan dah pun siap...


Pertanian Adalah Perniagaan

Kalau dulu, cakap jer pasal pertanian nie mesti terbayang di fikiran masing-masing yang orang tua tengah pegang cangkul, duduk tengah panas dengan peluh yang mencurah-curah. Tapi sekarang dah berubah. Dengan zaman yang semakin moden dan maju, sektor pertanian turut mengalami perubahan. Kerja-kerja perladangan dah semakin mudah. Keadaan nie sedikit sebanyak dapat mengubah mentaliti orang2 muda mengenai sektor nie. Semakin banyak belia2 dan siswazah yang menceburi bidang nie.

Pesanan En. Shakir yang akan selalu aku ingat.. "Jangan merasa rendah diri bila kita ceburi bidang pertanian nie".


Kerja Penyusunan Part 2

Lama jugak aku tak post ke blog nie.. Letih btul semenjak dua menjak nie.. Nie sambungan untuk Kerja Penyusunan Part 1.

Kena ukur betul-betul... Kalau tak nanti susunan silver shine tak lurus.

Sori ler Fakhrul.. Keta hang kami lenjan buat angkut sekam.. Hehehe

Apeh dan Jen..

Big bos Eastern Synergy, Abg Nasir pun turun padang hari tu.. Memang best la.

Hari kedua kerja pemasangan, hujan turun dengan lebatnya. Akhirnya doa kami termakbul juga. Alhamdulillah. Kalau tak hujan, memang teruk jugak la kami nak kena siram setiap polybag untuk proses pemindahan anak pokok.

En. Shakir tengah ajar cara-cara membancuh baja di dalam hujan.. =)

Kerja-kerja pemasangan sisitem piping.. Errr.. Perasan tak yang brother pakai baju hitam ngan yang bertopi tu muka dorang sama?


Setelah bersusah payah selama dua hari.. Maka siaplah kerja-kerja penyusunan. Nie baru kerja punyusunan polybag, tak buat pemindahan anak pokok lagi. Aduh.. Patah ler pinggang masing-masing. Walaupun kerja nie meletihkan, tapi tetap best. Enjoy jer..



Kerja Penyusunan Part 1

Setelah selesai memasukan sekam ke dalam polybeg.. Tiba la masa untuk proses penyusunan. Tapak projek kami berukuran lebih kurang 3 relung. Err.. kira-kira 100 kaki x 90 kaki luasnya. Kalau mengikut pengiraan yang dibuat, sebanyak 8000 polybeg bleh muat. Tapi kami just mulakan dengan 5600 polybeg. Buat permulaan... Lepas nie kalau berjaya, bertambah la polybeg tu.. Insyaallah..


Proses penyusunan nie memakan masa 2 hari. Susah jugak nak susun nie sebenarnya.. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Antaranya ialah tekanan air bagi 'sistem piping'. Benda nie yang paling penting skali. Kalau sistem piping tak betul, alamatnya layu habis ler pokok-pokok cili kami nanti.. Tapi kami memang beruntung sebab kami di guide oleh mereka yang pakar dalam bidang nie. So takdak la nak pening-pening nak pikir design yang sesuai untuk sistem piping..

Kami dibantu oleh adik-adik dari team belia. Nasib baik ler ada depa nie. Kalau tak mau patah pinggang sorang2..

Brother2 dari team belia. Depa nie pun bakal usahawan cili fertigasi jugak nih

Pada hari tu kami memang bertuah.. Encik Hasnan dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis turun melawat tapak projek kami untuk melihat sendiri proses penyusunan. Hasil daripada lawatan beliau, projek kami nie bakal disenaraikan dalam NCER. Alhamdulillah...

Yang pakai spek tu la En. Hasnan. Yang berspek hitam tu plak Abg Nasir, bos ESC. Bekemeja oren tu plak En. Shakir juga dari ESC. Yang bertopi tu En Nordin dari PERKASA. Err... mamat yang berbaju hijau tu adalah Jen. Mcm biasa, gambar aku memang takdak la..


Cerita Sekam..

Proses awal skali yang kami perlu buat sebelum apa2 hal pun ialah memasukkan sekam ke dalam polybag.. Fuh.. Mencabar btul keja nih. Hehehe.. Kami mengambil masa kira-kira 3 minggu untuk menyiapkan kerja nih.. Ok la.. bagi amatur macam kami. Baru nak mula ler katakan..

Nie la rupa sekam tu.. Sekam bakar nih..

Nie lak rupa sekam yang dah dimasukan dalam polybag..







Penyediaan Tapak

Banyak betul sebenarnya masalah dan rintangan yang terpaksa kami hadapi untuk memulakan projek nie. Paling ketara apabila kami terpaksa menghadapi masalah cuaca apabila proses pembersihan tanah berlaku. Cuaca yang tak menentu sedikit sebanyak membantutkan kami untuk memulakan projek nie secepat mungkin. Pada permulaannya kami menggunakan khidmat backhoe untuk membuat longkang sekeliling tapak ladang kami.

Keadaan awal ladang kami. Nampak ja cantik.. Tapi tanah dah macam tanah sawah padi.


Proses membuat longkang


Setelah proses pembersihan tanah, tibalah masa untuk mencantikan lagi ladang kami. Proses seterusnya kami menggunakan khidmat Pak Man Traktor.. Hehehe..

Saja ja buat gambar camnie, biar nampak klasik skit.

Terpegun melihat aksi Pak Man dengan traktornya

Tapak dah siap. Macam nie baru senang nak buat kerja






Bermulanya Suatu Perjalanan...

Setelah hampir sebulan kami mula berkecimpung dalam bidang fertigasi nie, baru hari nie ada masa terluang untuk buat blog nie. Maybe apa yang bakal di'post' dalam nie lambat skit dari apa yang dah berlaku. Sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi pengalaman ngan kawan-kawan lain yang sama dengan kami... Beminat dalam bidang pertanian. Bukan takat minat ja, tapi menjadikan bidang pertanian nie sebagai kerjaya...

Segala bermula apabila kami berempat bertemu secara tidak sengaja di Karnival Usahawan 2007 peringkat negeri Perlis. Di situ kami mula mengenali tanaman cili fertigasi nie apabila diperkenal oleh En. Syakir dari Eastern Synergy Consultant.

Kami menghantar proposal kepada Bank Pertanian untuk mendapatkan pinjaman dibawah Skim Siswazah Tani bagi membiayai projek Tanaman Cili Fertagi nie pada bulan Julai 2007. Hampir 5 bulan kami terpaksa menunggu untuk mendapatkan kelulusan. Susah betul nak pinjam duit orang nih. Hehehe..